Pelbagai Berita Untuk Semua

Pelbagai GEMPAKKK, SEMPOII , HANGAT BAGI ANDA !!!!!!

AKIBATNYA MENGIDU GAM SEJAK 15 TAHUN HINGGA KINI ??? ( 2 GAMBAR )

GAMBAR HIASAN


GEORGETOWN - Bermula sekadar suka-suka dan mahu menghilangkan tekanan, akhirnya ia menjadi tabiat serta keperluan setiap hari.

Itu pengakuan seorang buruh yang terjerumus dalam kegiatan menghidu gam sejak 15 tahun lalu dan kini hidupnya hanya bertemankan bungkusan plastik berisi getah gam cair setiap hari.

Mahu dikenali sebagai Megat, 31, lelaki ini ditemui di kawasan Padang Kota Lama dalam keadaan tidak terurus dan lalok.

Katanya, dia mengakui mula menghidu gam sejak di alam persekolahan bersama rakannya dahulu.

"Mulanya sekadar mahu mencuba bila tengok ramai kawan yang hidu gam. Seronok tengok mereka khayal dan cakap bukan-bukan.

"Bila saya cuba, mulanya rasa pening dan lama kelamaan terasa nikmat apabila saya dapat lupakan semua masalah yang dihadapi," katanya.

Dihalau keluarga

Megat berkata, kegiatannya tidak diketahui ahli keluarganya dan mulanya dia hanya mengambil bahan terlarang itu setiap hujung minggu sahaja.

Menurutnya, walaupun berada dalam keadaan khayal selepas menghidu gam, namun dia tidak mengganggu orang lain sebaliknya hanya bersendirian berkhayal.

“Ahli keluarga tak tahu tabiat mingguan saya ini dan tak pernah bawa pulang bungkusan plastik ini ke rumah.

"Namun lama-lama mereka tahu lepas tengok saya makin kurus," katanya.

Katanya, selepas tamat tingkatan lima dia sudah tidak berminat untuk belajar dan mengambil keputusan untuk keluar rumah.

"Lepas keluarga tahu tabiat buruk saya ini, saya sering dicemuh dan pernah dihalau ayah. Saya bawa diri dan merantau ke beberapa negeri untuk cari kerja tapi dalam keadaan saya macam ini susah nak dapat kerja.

"Saya hanya kerja buruh binaan dan kadang-kadang ambil upah di beberapa gerai untuk cuci pinggan serta buang sampah," katanya.

Mudah dapat bekalan gam

Lelaki yang berasal dari Johor Bahru ini mengakui tidak sukar mendapatkan bekalan gam dan hanya bermodalkan RM3 hingga RM5 sudah dapat membeli setin gam di kedai kayu serta perkakasan rumah.

Megat berkata, biasanya satu tin gam itu bertahan dua hari namun bergantung kepada penagih.

“Tak pernah pun penjual tanya kegunaan gam, malah dia (penjual) memberi pelbagai pilihan gam yang bagus jika saya mahu membeli,” katanya.

Boleh jadi apa yang diinginkan

Bagi Amirul, 22, pula berkata, dia pernah terjerumus dalam ketagihan gam ketika awal remaja namun berjaya meninggalkan tabiat buruk itu selepas kantoi dengan ibu bapanya.

Menurutnya, hanya penghidu gam sahaja tahu nikmat menghidu dalam beg plastik berisi cecair getah itu.

"Apabila khayal selepas hidu gam, penghidu boleh jadi apa saja yang diinginkan seperti superhero, angkasawan, penyanyi dan penari handalan.

"Penghidu gam juga ada kekuatan luar biasa, mereka akan jadi kuat dan mampu buat apa saja sehingga boleh lompat di parit yang luas selain berlari laju berbanding sewaktu normal," katanya yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Amirul berkata, ketika khayal, mereka tidak sedar akan perbuatan yang dilakukan.

"Sebab itu mereka boleh menari dengan rancak dan menyanyi dengan semangat tanpa hiraukan orang lain. Selepas khayal, mereka juga boleh tengok bulan dan bintang betul-betul di depan mata selain dapat tengok menara Komtar condong seperti mahu
menyembah ke bumi.

"Namun itu hanya kesan khayal saja, bila hilang mereka akan keletihan dan tidak bermaya," katanya yang berjaya meninggalkan ketagihan menghidu gam sejak dua tahun lalu.

Hilang selera makan

Katanya, dia insaf dan menyesal akan perbuatannya itu kerana disebabkan terpengaruh ajakan kawan-kawan, dia terpaksa menerima kesan daripada tabiat buruknya itu.

"Akibat menghidu gam, saya hilang selera makan dan sering mengalami kemurungan selain badan semakin kurus serta mulut sentiasa berasa loya.

"Saya harap remaja di luar sana tak terpengaruh dengan gejala tidak sihat ini selain menghindarkan diri dari pergaulan bebas," katanya.


Megat ketika ditemu ramah wartawan Sinar Harian
Megat ketika ditemu ramah wartawan Sinar Harian

SUMBER
0 Komentar untuk "AKIBATNYA MENGIDU GAM SEJAK 15 TAHUN HINGGA KINI ??? ( 2 GAMBAR )"